IPOH: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak bekerjasama dengan Pos Malaysia Berhad dalam usaha memerangi jenayah penipuan secara dalam talian sejak Januari lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata perkhidmatan kurier mula menjadi pilihan penipu untuk memperdaya mangsa kerana agensi berkenaan banyak berurusan dengan masyarakat.
"Saya melihat kerjasama antara Kontinjen Perak dan Pos Malaysia Berhad ini sangat tepat pada masanya malah merupakan projek rintis serta contoh terbaik kerjasama antara pelbagai agensi dalam usaha memberi advokasi berkaitan jenayah penipuan dalam talian kepada masyarakat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu beliau melancarkan Program Pencegahan Jenayah Komersial Phone Scam-Penyamar Pos Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang turut dihadiri Pengarah Operasi Pos Malaysia Berhad Zaini Yaman.
Mohd Yusri berkata pihaknya telah menyiasat sebanyak 226 kes melibatkan penipuan panggilan dengan penyamaran sebagai syarikat kurier dengan nilai kerugian lebih RM8.7 juta.
"Daripada jumlah itu sebanyak 96 kes penipuan panggilan penyamaran sebagai kurier Pos Malaysia telah direkodkan dengan nilai kerugian lebih RM3.7 juta," katanya.
Mengenai program pencegahan itu, Mohd Yusri berkata ia merupakan usaha khidmat masyarakat dengan menggunakan sumber manusia, logistik serta medium komunikasi sedia ada dalam usaha menyebar maklumat dan tips berkaitan penipuan dalam talian.
Beliau berkata pengedaran risalah pencegahan penipuan dalam talian dengan menggunakan perkhidmatan posmen selain mengedarkan maklumat dan tips menerusi platform media sosial rasmi Pos Malaysia Berhad dan Polis Kontinjen Perak.
Sementara itu, Zaini dalam ucapannya berkata sebanyak 407 posmen terlibat dalam pengedaran risalah antipenipuan di seluruh Perak termasuk Cameron Highlands melibatkan 33,000 risalah dengan paparan poster di 81 pejabat pos di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (kanan) dan Pengarah Operasi Pos Malaysia Berhad Zaini Yahman (kiri) menunjukkan poster Awas Phone Scame Penyamar Pos Malaysia. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Polis bongkar makmal haram, rampas dadah RM5.5 juta
Polis membongkar makmal memproses dadah dan merampas 79 kilogram pelbagai jenis bahan terlarang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM5.5 juta dalam dua serbuan di Manjung, pada Sabtu.
Polis Perak rampas RM126 juta pelbagai jenis dadah setakat September
Jumlah itu meningkat berbanding keseluruhan rampasan sebanyak RM40 juta yang dicatatkan sepanjang tahun lepas.
Polis minta bantuan kenal pasti mayat reput ditemui berhampiran lokasi kemalangan
Identiti mayat reput yang ditemui polis ketika menjalankan siasatan mengenai kemalangan jalan raya di Pekan Tambun di sini, pagi tadi, belum dikenal pasti.
4 dikompaun langgar SOP Thaipusam di Perak, polis gesa tingkat pematuhan
Empat kompaun dikeluarkan atas kesalahan berkenaan, membabitkan kegagalan memakai pelitup muka dan membawa kanak-kanak ketika upacara perarakan.
Dadah: Polis Perak perhebat operasi, 41 sarang penagihan dihapuskan tahun ini
Sarang penagihan dadah telah dikenal pasti terbahagi kepada pelbagai lokasi antaranya di sekitar kawasan perumahan dan ladang kelapa sawit.
Polis Perak rampas dadah RM13.7 juta, sita harta RM3.7 juta
Polis Perak berjaya merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM13.7 juta dalam operasi di seluruh negeri ini bagi tempoh Januari hingga 12 Jun lalu.
Ops Kesan: Belum ada petunjuk baharu jejak Acap
Operasi yang bermula seawal 7 pagi itu berakhir sekitar jam 2 petang dengan kekuatan lebih 200 anggota dan pegawai polis.
Polis Perak minta orang ramai jangan bayar kepada 'ulat parkir'
Orang ramai sebaliknya perlu melaporkan aktiviti itu kepada pihak berkuasa secepat mungkin untuk diambil tindakan.
Cadangan pasang AES dekat Terowong Menora
Dengan adanya AES diharap orang ramai akan memandu mengikut had laju yang dibenarkan.